Tuesday 16 August 2011

JTM Robot Challenge 2011

2011 - Oleh kerana tahun ini tahun berehat untuk penyertaan Robocon. JTM Robot Challenge 2011 dipertandingkan untuk mengalakkan bakat-bakat baru dikalangan pelajar dan pensyarah agar giat aktif dalam arena ini. Sekurang-kurangnya, bukanlah muka yang sama sahaja yang terlibat untuk tahun akan datang.

JTM Robot Challenge 2011 yang lepas mempertandingkan 3 Kategori iaitu RoboRumblez, Robot @ Home dan Padam Robot. Sambutan amat menggalakkan dari ILJTM, sebanyak 52 pasukan dari 18 ILJTM telah mengambil bahagian. 30 pasukan untuk kategori RoboRumblez, 19 pasukan untuk kategori Padam Robot dan 13 Pasukan untuk kategori Robot @ Home.

Pemenang utama  kategori RoboRumblez dari ILP Kuala Langat, manakala ILP Kuala Terengganu Johan untuk kategori Padam Robot dan  Pasukan ILP Kepala Batas telah mengungguli untuk kategori Robot @ Home. Yang Ironiknya.. Pemenang utama ILP KBPP, ILP KT dan ILP KLS. Semuanya bermula dari Huruf K selepas ILP.


No comments:

Post a Comment